Alhamdulillah, Yayasan Persaudaraan Islam (YASAR) telah dilantik secara rasmi sebagai Ejen Kutipan Zakat oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP).
Sijil pelantikan tersebut sah dari 15 Julai 2026 hingga 31 Oktober 2027 dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Sebagai ejen baharu, YASAR turut dijemput ke Bengkel Latihan Sistem e-Ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP pada 10 September 2026 di Wisma PPZ, Kuala Lumpur.
Jika anda ingin menunaikan zakat kepada PPZ-MAIWP, anda boleh berbuat demikian melalui YASAR. Hubungi kami melalui WhatsApp atau telefon di +60 18-907 6737.
